Pages

Wednesday, June 27, 2018

Bayi dicampak dari tingkat dua kini kritikal

KUALA LUMPUR: Keadaan bayi lelaki yang dipercayai dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Pusat Hentian Kajang dekat sini Isnin lepas, kembali kritikal walaupun semalam dilaporkan agak stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata bayi berkenaan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Kajang.

"Keadaan terkini bayi dalam keadaan kritikal, viral (kononnya bayi) patah tulang bahu kanan tidak betul kerana laporan doktor masih belum siap," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5 petang itu, bayi lelaki yang masih bertali pusat dan tidak berpakaian itu ditemukan oleh seorang pemilik restoran berhampiran lokasi bayi itu dibuang.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang wanita warga asing pada 11.30 malam pada hari yang sama di perkarangan Hospital Kajang untuk siasatan.

Wanita itu kini direman tujuh hari sehingga Ahad depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi berkenaan. -

Sumber : BERNAMA | Rabu, 27 Jun 2018 | 6:03pm

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger