Pages

Monday, December 9, 2013

Bayi ditemui di hadapan kuil

  • Bayi ditemui di hadapan kuil Bayi malang lengkap berpakaian yang ditemui di sebuah kuil, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SITI SAFA MOHD NOR
1 / 1
SITIAWAN – Penduduk Taman Nesa, di sini dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah kuil pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, bayi lelaki yang baru berusia seminggu itu ditinggalkan di kuil berkenaan dalam keadaan lengkap berpakaian.

Kehadiran bayi itu disedari seorang sami yang kebetulan datang ke kuil itu untuk menjalankan upacara keagamaan.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner, Jaafar Baba berkata, pemeriksaan secara fizikal ke atas bayi berkenaan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dikesan.

Bagaimanapun katanya, bayi berkenaan telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan lanjut.

“Kita akan maklumkan kes ini kepadan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan pengawasan.

“Polis akan meneruskan siasatan bagi mengesan individu terlibat termasuk ibu bapa bayi berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Shafarin Abd Samad, 22, berkata, bayi berkenaan dimasukkan dalam sebuah bakul rotan lama yang dialas menggunakan kain lampin dan diletakkan di atas meja yang terdapat di kuil itu.

“Sebaik sami itu maklumkan kepada penduduk ada bayi, kami datang untuk melihat bayi itu.

"Bayi itu nampak macam sihat sahaja, mungkin masih baru sebab tali pusat belum tanggal,” katanya.

Mayat bayi ditemui dalam loji kumbahan UiTM Dungun

DUNGUN - Mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui di dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata mayat berkenaan ditemui terapung oleh kontraktor pembersihan UiTM yang menjalankan kerja penyelenggaraan kumbahan kira-kira 11.30 pagi.
  
Beliau berkata pada awalnya pekerja berkenaan menyangkakan objek yang terapung itu anak patung namun setelah diamati mendapati ia mayat seorang bayi.
  
"Mereka terus memaklumkan penemuan mayat itu kepada pihak universiti sebelum melaporkan kepada polis dan kita percaya mayat berkenaan telah lama berada di dalam loji," katanya kepada Bernama.
  
Menurutnya semasa ditemui keadaan mayat bayi itu kebiru-biruan dan dipercayai meninggal dalam tempoh 48 jam. Kepalanya telah pecah manakala bahu kanan patah dan mereput.
  
Katanya mayat bayi itu dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. - Bernama

Mayat bayi lelaki baru lahir ditemui terapung

  • Mayat lelaki baru lahir ditemui terapung Anggota Bomba mengangkat mayat bayi lelaki yang baru lahir terapung di dalam Sungai Pari berhampiran Taman Falim Indah kira-kira 5 petang tadi. - Foto Bernama
1 / 1
IPOH - Mayat bayi lelaki yang baharu lahir ditemui terapung di dalam Sungai Pari berhampiran Taman Falim Indah di sini hari ini.
Pegawai Bomba Kanan Dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Abdul Manap Hashim berkata mayat bayi itu yang masih bertali pusat dan uri ditemui orang awam yang melalui jambatan di sungai itu kira-kira pukul 5 petang tadi.
"Bayi itu ditemui dalam keadaan sudah kembung dan tanpa pakaian. Kita percaya ia baharu dilahirkan berdasarkan tali pusat dan uri yang masih ada pada bayi itu," katanya ditempat kejadian.
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dibuang di kawasan berhampiran dan dibawa arus sungai.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama

Bayi perempuan masih bernyawa ditemui tanpa seurat benang dalam beg di perhentian bas Taman Nesa, Skudai

  • Apa dosa bayi ini?
1 / 1
SENAI –  Seorang bayi perempuan masih bernyawa ditemui tanpa seurat benang dalam beg di perhentian bas Taman Nesa, Skudai dekat sini, dipercayai ditinggalkan.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, bayi dipercayai berusia 13 hari itu ditemui bertali pusat oleh orang awam di perhentian bas berkenaan pada 18 Oktober lalu.

“Bayi itu ditemui kira-kira jam 5.30 pagi dalam beg berwarna hitam yang diletakkan di perhentian bas Taman Nesa.

“Orang awam yang menemui bayi berkenaan telah membuat laporan polis dan bayi dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, bayi berkenaan dinamakan sebagai Zara Safiya kini diletakkan di dalam perlindungan JKM mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan usaha mengesan ahli keluarga dan waris bayi berkenaan telah dijalankan namun gagal.

“Kami berharap keluarga atau mana-mana pihak yang tahu mengenai bayi ini menghubungi kami demi kebajikan dan masa depannya,” katanya.

Dalam pada itu katanya, seorang bayi lelaki dipercayai berusia 13 hari turut ditemui penduduk selepas ditinggalkan di dalam sebuah kotak di Jalan Panglin 1, Taman Perling dekat sini, pada tarikh sama.

“Bayi lelaki itu ditemui pada jam 10.30 malam oleh orang awam yang mendengar tangisan bayi berkenaan yang ditinggalkan di dalam kotak.

“Bayi berkenaan dinamakan sebagai Aidil Adha telah dirujuk kepada HSA dan kini berada di bawah perlindungan JKM,” katanya.

Manayi berkata, beliau berharap keluarga atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua bayi berkenaan menghubungi JKM di talian 07-2232606.

Bayi masih hidup dibuang belakang kedai

  • Bayi dibuang belakang kedai ]
  •  Bayi yang cukup sifat berkenaan ditemui tertiarap di atas jalan.

IPOH - Seorang juru kimpal terkejut selepas mendapati bunyi yang disangka kucing mengiau rupanya suara tangisan bayi.

Bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di lorong belakang deretan rumah kedai baharu di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi semalam.

Chong Lean Fatt, 48, berkata, ketika kejadian, dia sedang melakukan kerja-kerja memasang jeriji besi bersama rakannya di sebuah kedai di kawasan berkenaan.

“Kira-kira jam 10 pagi, saya bersama rakan sibuk melakukan kerja sebelum mendengar suara seperti bayi menangis di luar premis.

“Saya sempat bertanya kepada rakan sekerja, sama ada dia ada mendengar suara bayi tersebut, tetapi dia jawab mungkin bunyi itu datang dari kucing atau anjing yang lalu di situ.

“Bagaimanapun, pada jam kira-kira 11 pagi, saya terdengar jeritan penyelia yang kebetulan berada di luar premis memberitahu dia menemui bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Lean Fatt berkata, dia dan rakannya bergegas keluar dan melihat seorang bayi perempuan ditinggalkan di tepi jalan tar kira-kira 20 meter dari premis tempat mereka bekerja.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan bayi terbabit pada jam 11.10 pagi.

Menurutnya, bayi cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dipercayai baru lahir ditinggalkan tidak berpakaian dalam keadaan tertiarap di lorong belakang premis kedai yang baru dibina.

“Bayi itu ditemui dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya serta dibawa ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya semalam.

Ahmad Termizi berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Powered By Blogger