Pages

Tuesday, July 3, 2018

Penganggur ditahan bantu siasatan kematian bayi perempuan

POLIS menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bagi membantu siasatan kematian seorang bayi perempuan akibat pendarahan dalaman dan retak di sebelah kiri tempurung kepalanya di sini, awal pagi semalam.
 

MELAKA: Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bagi membantu siasatan kematian seorang bayi perempuan akibat pendarahan dalaman dan retak di sebelah kiri tempurung kepalanya di sini, awal pagi semalam.

Bayi berusia kira-kira sebulan itu difahamkan meninggal dunia sebaik dibawa ibunya yang berusia 25 tahun ke Hospital Melaka, kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata lelaki yang tidak bekerja itu ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis menganggap kes ini sudah selesai dengan tangkapan seorang penganggur berusia 27 tahun dipercayai bapa kepada bayi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Adzis berkata, berikutan keadaan kecederaan serius pada fizikal bayi berkenaan, pihak hospital bertindak menghubungi polis sebelum satu prosedur bedah siasat dijalankan yang berakhir jam 3.30 petang.

"Lanjutan daripada laporan bedah siasat, polis bersama pihak hospital turut menjalankan siasatan di Pangsapuri Kota Laksamana, dipercayai dihuni oleh kedua-dua ibu bapa bayi dan seorang kakak kepada bayi itu yang berusia enam tahun.

"Pemeriksaan dibuat di premis itu untuk mengumpul segala keterangan yang boleh dikaitkan dengan kejadian," katanya.

Bunuh 8 Bayi Wanita ditahan

Hospital The Countess of Chester, London.
LONDON: Seorang pekerja kesihatan wanita ditahan kerana disyaki membunuh lapan bayi dan cuba membunuh enam lagi susulan siasatan ke atas kematian di unit neonatal di utara England, kata polis hari ini.
Polis berkata, tangkapan dibuat selepas siasatan mengenai kematian 17 bayi dan 15 kes 'kecederaan tidak membawa maut' antara Mac 2015 dan Julai 2016 di unit neonatal Hospital The Countess of Chester.
"Ini adalah siasatan amat kompleks dan amat sensitif dan, seperti anda ketahui, kami perlu memastikan melakukan apa terdaya untuk cuba mencari maklumat apa yang membawa kepada kematian dan kecederaan bayi," kata Detektif Inspektor Paul Hughes.
Polis tidak memberikan butiran lanjut mengenai wanita yang ditahan itu atau siasatan mereka. - Reuters

Anak ‘Diculik’ Berbalut Kain Napkin & Disorok Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh!



Semalam viral di laman sosial seorang bapa mencari bayi lelakinya berusia lima bulan yang didakwa dilarikan orang ketika berada di bawah jagaan pengasuh di Taman Nakhoda Batu Caves.
Pengasuh tersebut mendakwa seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘bapa’ datang membawa Adam Rayqal namun penipuan tersebut akhirnya terbongkar apabila polis menemui mayat bayi tersebut di dalam peti sejuk rumah pengasuh itu sendiri. Kejam!

Anak hilang


Menerusi laporan Harian Metro, bapa, Mohd Sufi sebelum ini tidak pernah menjemput anaknya yang baru seminggu dihantar ke rumah pengasuh. Dia memberitahu dimaklumkan mengenai kehilangan tersebut oleh isteri lebih kurang jam 7 malam tadi.
Isteri saya menghantar Adam Raikal ke rumah pengasuh pada pukul 12 tengah hari tadi kerana dia ingin pergi bekerja.
Pada sebelah petang, pengasuh memaklumkan kepada isteri yang anak saya diambil oleh seorang lelaki yang menyangka itu adalah saya… walhal saya belum mengambil anak dari rumah pengasuh..

Disorok dalam peti sejuk

Selepas mendapati terdapat keraguan dalam keterangan diberikan pengasuh, pihak polis bertindak menggeledah dan menemui mayat Adam Rayqal disorokkan dalam bahagian peti sejuk beku peti ais dua pintu rumah pengasuh.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
Mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.
Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
Tambah polis lagi, mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sumber : Harian Metro, Berita Harian

Wednesday, June 27, 2018

Bayi Tampan Sedang Tidur dalam Tas Hitam Kagetkan Tukang Ojek

berita lanjut klici disini

Bayi Tampan Ditemukan di Laci Meja Rias Kamar Hotel




Untuk berita lanjut klick : disini

Bayi lelaki ditinggal di tepi jalan di Pendang


Tarikh kemaskini: 25/06/2018
 
ALOR SETAR, 25 Jun (Bernama) -- Seorang bayi lelaki dalam keadaan sempurna dijumpai di tepi jalan berhampiran Kampung Pulai, Tokai, Pendang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, penduduk kampung yang melalui kawasan tersebut menjumpai bayi berkenaan di dalam bungkusan kain sebelum membuat laporan polis.

"Selepas menerima laporan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dikejarkan ke lokasi bersama jururawat daripada Klinik Kesihatan Pendang untuk melakukan pemeriksaan terhadap bayi berkenaan."

"Bayi tersebut yang masih bertali pusat ditemui dengan beberapa kesan tompokan yang dipercayai darah," katanya kepada pemberita ketika dihubungi hari ini.

Arriz Sham berkata bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pemeriksaan lanjut.

"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi," katanya.....

Bayi dipercayai baru dilahirkan dibuang tepi jalan ZULQURNAIN OTHMAN

Powered By Blogger