DUNGUN - Mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui di dalam loji
kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata mayat
berkenaan ditemui terapung oleh kontraktor pembersihan UiTM yang
menjalankan kerja penyelenggaraan kumbahan kira-kira 11.30 pagi.
Beliau berkata pada awalnya pekerja berkenaan menyangkakan objek yang
terapung itu anak patung namun setelah diamati mendapati ia mayat
seorang bayi.
"Mereka terus memaklumkan penemuan mayat itu kepada pihak universiti
sebelum melaporkan kepada polis dan kita percaya mayat berkenaan telah
lama berada di dalam loji," katanya kepada Bernama.
Menurutnya semasa ditemui keadaan mayat bayi itu kebiru-biruan dan
dipercayai meninggal dalam tempoh 48 jam. Kepalanya telah pecah manakala
bahu kanan patah dan mereput.
Katanya mayat bayi itu dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. - Bernama
No comments:
Post a Comment