Pages

Sunday, January 29, 2012

Krasnodar perkenal kotak ‘buang’ bayi

MOSCOW: Wilayah Krasnodar menjadi kerajaan tempatan pertama memperkenalkan kotak khas untuk meninggalkan bayi di Russia sejak November lalu, lapor media semalam.
Berada di selatan Russia, Krasnodar menyediakan lima kotak berkenaan bagi membolehkan mana-mana ibu yang tidak mahukan anak mereka menyerahkannya kepada pihak yang berkenaan tanpa dikenali.

Tiga kotak pertama dipasang di Sochi, Novorossiysk dan Armavir.
Menjelang akhir bulan, seorang bayi perempuan ditinggalkan di situ.

Ketua Jabatan Kesihatan Krasnodar, Elena Redko, berkata langkah itu diambil bagi menyediakan perlindungan untuk bayi tidak dikehendaki.

“Ia lebih baik daripada bayi terbabit ditinggalkan dalam tong sampah,” katanya.
\
Menurut Elena, bayi perempuan itu kini sihat dan diserahkan kepada pegawai penjagaan kanak-kanak.

“Saya rasa dia akan diambil sebagai anak angkat tidak lama lagi kerana di wilayah ini, tak ramai bayi dan berbanding keluarga yang mahukannya,” katanya. Langkah itu menyusuli tindakan sebuah badan kebajikan kanak-kanak Afrika Selatan yang memperkenalkan pusat penyerahan bayi tahun lalu.

Disediakan Tabung Kanak-kanak Out of Africa, ia dipasang di pusat komuniti di Cape Town bagi membolehkan mana-mana ibu meninggalkan bayi mereka tanpa memperkenalkan diri. - DM

Bayi tanpa kepala


Mayat bayi
AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam. 
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.
 
“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.
 
Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.
 
“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya

Tuesday, January 24, 2012

Jangkitan kuman bukan penyebab utama: Ketua Pengarah Kesihatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan jangkitan kuman bukan penyebab utama kematian mengejut membabitkan dua bayi di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Adila Kids, di Taman Permata, di sini, Khamis lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata ini berdasarkan keputusan awal pemeriksaan histopatologi sampel tisu paru-paru dan beberapa organ lain kedua-dua bayi tersebut. 
Bagaimanapun, beliau berkata kemungkinan kejadian tersedak susu sebagai penyebab utama kematian mengejut kedua-dua bayi tersebut masih belum dapat ditolak.

"Keputusan muktamad akan hanya dapat dibuat setelah semua keputusan ujian termasuk ujian analisis kimia oleh Jabatan Kimia diperolehi, yang dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga minggu lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada Khamis lalu, dua bayi lelaki, Muzaffar Mohd Faizal berusia tiga bulan setengah dan Arif Amsyar Ruhi Budiman, 7 bulan, yang ditinggalkan di pusat asuhan tersebut meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu. - Bernama

Jangkitan kuman bukan penyebab utama kematian mengejut dua bayi: KP Kesihatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan, hari ini, mengesahkan jangkitan kuman bukan penyebab utama kematian mengejut membabitkan dua bayi di Pusat Jagaan Kanak-kanak Adila Kids, di Taman Permata di sini, Khamis lalu. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata ia berdasarkan keputusan awal pemeriksaan histopatologi sampel tisu paru-paru dan beberapa organ lain kedua-dua bayi tersebut.
Bagaimanapun, beliau berkata, kemungkinan kejadian tersedak susu sebagai penyebab utama kematian mengejut bayi tersebut masih belum dapat ditolak.
"Keputusan muktamad akan hanya dapat dibuat selepas semua keputusan ujian termasuk ujian analisis kimia oleh Jabatan Kimia diperolehi, yang dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga minggu lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Pada Khamis lalu, dua bayi lelaki, Muzaffar Mohd Faizal berusia tiga bulan setengah dan Arif Amsyar Ruhi Budiman, 7 bulan, yang ditinggalkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu. - BERNAMA

Monday, January 23, 2012

Majoriti bayi perempuan lahir awal tahun naga


KUALA LUMPUR - Empat puluh orang bayi Tahun Baru Cina  yang majoritinya perempuan dilahirkan di tiga hospital kerajaan dan dua hospital swasta di ibu negara hari ini, iaitu 24 perempuan dan 16 lelaki.  
Seramai 19 bayi lahir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di awal Tahun Baru  Naga ini, 15 bayi di Hospital Sungai Buloh, tiga Hospital Pantai Ampang, Hospital Kajang, dua, dan seorang di Sentosa Medical Centre.

HKL menyambut tiga bayi perempuan, pertama seberat 2.87kg pada 12.01 pagi, kedua seberat 3.45kg lima minit kemudian dan bayi ketiga seberat 2.70kg pada 1.11 pagi.

Di Hospital Sungai Buloh pula ketiga-tiganya juga bayi perempuan yang pertama seberat 3.25kg lahir pada 1.12 pagi, diikuti kedua pada 2.17 pagi, seberat 3.14kg dan ketiga seberat 2.35kg pada 2.35 pagi.

Bagaimanapun kedua-dua bayi pertama dan kedua yang lahir di Hospital Pantai Ampang ialah lelaki masing seberat 3.3kg (1.34 pagi ) dan 3.1kg (2.10 pagi) sementara yang ketiganya perempuan seberat 3.3kg pada pukul 2.43 pagi. - BERNAMA

Sunday, January 22, 2012

Bayi kembar siam Riau meninggal dunia

JAKARTA: Bayi kembar Siam yang dilahirkan seorang ibu di sebuah daerah di Riau, lebih seminggu lalu meninggal dunia malam tadi di Hospital Negeri Arifin Achmad, Pekanbaru, selepas mengalami kegagalan jantung. 

Bayi perempuan yang berusia sembilan hari itu mendapat rawatan khusus daripada sepasukan doktor di hospital berkenaan, namun keadaan kesihatan mereka berubah menjadi buruk sejak malam kelmarin.
"Kami sudah berusaha secara maksimum, tapi pesakit tidak dapat diselamatkan," kata ketua pasukan doktor Hospital Negeri, Arifin Achmad Dr Tubagus Ondih seperti yang dipetik agensi berita ANTARA.
Dr Tabagus berkata, bayi kembar Siam yang belum diberi nama itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.30 malam Ahad iaitu satu setengah jam sebelum Tahun Baru Cina, kerana kegagalan kemampuan satu jantung untuk dua individu. 

Sejak malam kelmarin mereka mula mengalami penurunan kadar oksigen dalam darah dan jantung mereka berdenyut dengan sangat laju sehingga mencapai 170 denyutan seminit. 

Keadaan itu dipercayai berlaku kerana mereka hanya mempunyai satu jantung yang berfungsi mengepam darah untuk dua badan. 

Kembar Siam itu lahir melalui pembedahan dalam keadaan bercantum di bahagian dada dan perut di Hospital Indrasari, Daerah Indragiri Hulu pada 14 Januari lalu dan dirawat di Hospital Negeri Arifin Achmad, Pekanbaru sejak 15 Januari. 
Semasa dilahirkan, berat mereka ialah empat kilogram. 

Kembar Siam itu adalah anak pasangan Parsini dan Riswanto, penduduk Kampung Kuala Gading, daerah kecil Batang Cenaku, Indragiri Hulu. 

Kelahiran mereka mendapat perhatian kerana ia adalah kes yang jarang berlaku, iaitu pada peluang satu berbanding 500,000 kelahiran di dunia. - BERNAMA

Friday, January 20, 2012

Pasukan khas pakar kaji punca kematian bayi tersedak susu

KUALA KUBU BHARU: Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian dua orang bayi di sebuah pusat asuhan di Ampang semalam yang dipercayai akibat tersedak susu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata satu pasukan khas terdiri daripada doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur telah diarah untuk menjalankan bedah siasat dan mengkaji punca kematian sama ada terdapat sebab lain seperti jangkitan bakteria atau sebagainya.
"Bila siasatan selesai kita akan dedahkan laporan bedah siasat itu kepada orang ramai," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Loji Pendobian Bukit Beruntung Faber Medi-Serve Sdn Bhd dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian petang semalam, Muzaffar Mohd Faizal berusia tiga bulan setengah, dan seorang lagi bayi yang hanya dikenali sebagai Hariz, tujuh bulan, yang ditinggalkan di sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang, meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata, sebanyak 481 kes demam denggi direkodkan bagi tempoh 8 Jan hingga 14 Jan lalu, meningkat 41 kes berbanding pada minggu sebelumnya.

Katanya, berdasarkan statistik tersebut jelas menunjukkan berlaku peningkatan ketara dalam jumlah kes demam denggi di seluruh negara jika dibandingkan dengan tahun lalu.

"Jika kita lihat ada peningkatan bilangan kes pada tahun lalu dalam seminggu jumlah kes yang direkodkan ialah 200 ke 300 tapi untuk tahun ini dah cecah 400 lebih," katanya.
Menurut Liow, peningkatan ketara itu mungkin disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu dengan hujan dan banjir di beberapa negeri sejak akhir tahun lalu selain pergerakan pergi balik kampung oleh orang ramai sempena musim cuti perayaan.

"Pergerakan masyarakat boleh menularkan demam denggi ke tempat baru terutama jika yang pulang ke kampung itu menghidap demam denggi," katanya.

Liow juga berkata, kementerian membelanjakan RM90 juta setahun untuk perkhidmatan linen dan pendobian bagi hospital kerajaan di seluruh negara membabitkan 51,000 tan linen.

Ia dikendalikan oleh tiga syarikat konsesi yang dilantik sejak perkhidmatan itu diswastakan pada 1997.

"Tujuan penswastaan perkhidmatan ini adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan linen-linen di hospital selain mewujudkan peluang pekerjaan," katanya. - BERNAMA

Dua bayi mati tersedak susu di pusat asuhan

KELUARGA dan sahabat  salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam. 

Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu. 

Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga. 

“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama. 

“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya. 
Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini. 

Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu. 

“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian. 

Sunday, January 15, 2012

Bank susu ibu haram

Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan

PUTRAJAYA: Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.

Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.
Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.
Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.

Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.

“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.
“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.

Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.

Menurut muzakarah itu, tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan dan perbuatan membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi perkara yang dilarang dan berdosa.

“Bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, muzakarah memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.

“Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan mengesahkan pesakit tiada harapan sembuh dan pesakit dibenar pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan diteruskan adalah dibenar Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia atau mercy killing,” katanya.

Muzakarah juga memutuskan dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian apabila disahkan pakar dan adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat.

Saturday, January 7, 2012

Bayi maut digilis lori



OCPD-Kemaman,-Abdullah-Sani-Salat
KEMAMAN – Tindakan seorang bapa meninggalkan anaknya yang berusia setahun 11 bulan dalam bakul motosikal di belakang sebuah lori membawa padah apabila pemandu lori berkenaan mengundur kenderaannya lalu menggilis anak kecil malang itu dalam kejadian di Kawasan Kuari Terengganu Tengah, Ibok, di sini, pagi semalam.

Tragedi ngeri itu mengakibatkan, Muhammad Shakir Zufayri Mohd Asri, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, bapa mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut cuba untuk menyelamatkan anaknya.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan ditinggalkan sendirian di dalam bakul motosikal oleh bapanya yang menuju ke sebuah bengkel dengan kedudukan motosikal diletakkan di belakang sebuah lori yang digunakan untuk mengangkut pasir di kuari berdekatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, pemandu lori yang tidak sedar akan kehadiran motosikal itu mengundurkan kenderaannya lalu merempuh motosikal berkenaan.

“Dia (pemandu lori) hanya menyedari telah menggilis mangsa setelah lorinya ditepuk beberapa kali oleh saksi yang berada di tempat kejadian.

“Apabila turun dari lori dia terkejut melihat seorang kanak-kanak serta sebuah motosikal terpelosok di bawah lorinya,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman dan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan mangsa kecederaan parah di bahagian kepala.

Jenazah mangsa dituntut keluarga tengah hari semalam dan dikebumikan di tanah perkuburan di kampung mangsa di Batu 9, Ibok. SINARHARIAN
Powered By Blogger