KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan jangkitan kuman bukan penyebab utama kematian mengejut membabitkan dua bayi di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Adila Kids, di Taman Permata, di sini, Khamis lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata ini berdasarkan keputusan awal pemeriksaan histopatologi sampel tisu paru-paru dan beberapa organ lain kedua-dua bayi tersebut.
Bagaimanapun, beliau berkata kemungkinan kejadian tersedak susu sebagai penyebab utama kematian mengejut kedua-dua bayi tersebut masih belum dapat ditolak.
"Keputusan muktamad akan hanya dapat dibuat setelah semua keputusan ujian termasuk ujian analisis kimia oleh Jabatan Kimia diperolehi, yang dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga minggu lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada Khamis lalu, dua bayi lelaki, Muzaffar Mohd Faizal berusia tiga bulan setengah dan Arif Amsyar Ruhi Budiman, 7 bulan, yang ditinggalkan di pusat asuhan tersebut meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu. - Bernama
No comments:
Post a Comment