KUALA
LUMPUR 27 Jun - Keadaan bayi lelaki yang dicampak ibunya dari tingkat
dua belakang sebuah restoran di Kajang, dekat sini Ahad lalu dilaporkan
kritikal.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang,
Superintenden Mohd. Sabri Abdullah berkata, sehingga kini, bayi tersebut
masih menerima rawatan lanjut di Hospital Kajang.
Ujarnya, ibu kepada bayi tersebut masih direman
sehingga Ahad ini dan kini turut berada di hospital sama bagi
mendapatkan rawatan.
“Sehingga kini pihak kita masih belum menerima
laporan daripada pihak hospital mengenai kecederaan yang dialami bayi
malang tersebut.
“Jadi maklumat yang tular di laman sosial
mengatakan tulang bahu kanan bayi terbabit patah sama sekali tidak
benar,” katanya di sini hari ini.
Isnin lalu, media melaporkan mengenai seorang
bayi yang baru dilahirkan jatuh dari ‘langit’ sebelum ditemukan orang
ramai di atas jalan raya berhampiran besi konkrit.
Susulan kejadian itu, seorang wanita warga asing
berusia 22 tahun ditahan kira-kira enam jam selepas bayi itu
ditemukan.-UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment