Pages

Wednesday, June 27, 2018

Bayi lelaki ditinggal di tepi jalan di Pendang


Tarikh kemaskini: 25/06/2018
 
ALOR SETAR, 25 Jun (Bernama) -- Seorang bayi lelaki dalam keadaan sempurna dijumpai di tepi jalan berhampiran Kampung Pulai, Tokai, Pendang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, penduduk kampung yang melalui kawasan tersebut menjumpai bayi berkenaan di dalam bungkusan kain sebelum membuat laporan polis.

"Selepas menerima laporan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dikejarkan ke lokasi bersama jururawat daripada Klinik Kesihatan Pendang untuk melakukan pemeriksaan terhadap bayi berkenaan."

"Bayi tersebut yang masih bertali pusat ditemui dengan beberapa kesan tompokan yang dipercayai darah," katanya kepada pemberita ketika dihubungi hari ini.

Arriz Sham berkata bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk pemeriksaan lanjut.

"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi," katanya.....

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger