Pages

Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Tuesday, July 3, 2018

Penganggur ditahan bantu siasatan kematian bayi perempuan

POLIS menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bagi membantu siasatan kematian seorang bayi perempuan akibat pendarahan dalaman dan retak di sebelah kiri tempurung kepalanya di sini, awal pagi semalam.
 

MELAKA: Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bagi membantu siasatan kematian seorang bayi perempuan akibat pendarahan dalaman dan retak di sebelah kiri tempurung kepalanya di sini, awal pagi semalam.

Bayi berusia kira-kira sebulan itu difahamkan meninggal dunia sebaik dibawa ibunya yang berusia 25 tahun ke Hospital Melaka, kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata lelaki yang tidak bekerja itu ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis menganggap kes ini sudah selesai dengan tangkapan seorang penganggur berusia 27 tahun dipercayai bapa kepada bayi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Adzis berkata, berikutan keadaan kecederaan serius pada fizikal bayi berkenaan, pihak hospital bertindak menghubungi polis sebelum satu prosedur bedah siasat dijalankan yang berakhir jam 3.30 petang.

"Lanjutan daripada laporan bedah siasat, polis bersama pihak hospital turut menjalankan siasatan di Pangsapuri Kota Laksamana, dipercayai dihuni oleh kedua-dua ibu bapa bayi dan seorang kakak kepada bayi itu yang berusia enam tahun.

"Pemeriksaan dibuat di premis itu untuk mengumpul segala keterangan yang boleh dikaitkan dengan kejadian," katanya.

Wednesday, June 27, 2018

Bayi dicampak dari tingkat dua kini kritikal

KUALA LUMPUR: Keadaan bayi lelaki yang dipercayai dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Pusat Hentian Kajang dekat sini Isnin lepas, kembali kritikal walaupun semalam dilaporkan agak stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata bayi berkenaan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Kajang.

"Keadaan terkini bayi dalam keadaan kritikal, viral (kononnya bayi) patah tulang bahu kanan tidak betul kerana laporan doktor masih belum siap," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5 petang itu, bayi lelaki yang masih bertali pusat dan tidak berpakaian itu ditemukan oleh seorang pemilik restoran berhampiran lokasi bayi itu dibuang.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang wanita warga asing pada 11.30 malam pada hari yang sama di perkarangan Hospital Kajang untuk siasatan.

Wanita itu kini direman tujuh hari sehingga Ahad depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi berkenaan. -

Sumber : BERNAMA | Rabu, 27 Jun 2018 | 6:03pm

Sunday, December 18, 2011

Pengutip sampah jumpa bungkusan mayat bayi

 ANGGOTA polis memeriksa  mayat bayi yang dijumpai di pusat pelupusan sampah Labok, Machang, semalam.
ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi yang dijumpai di pusat pelupusan sampah Labok, Machang, semalam.
MACHANG: Seorang lelaki yang mencari rezeki dengan mengutip sampah terkejut apabila kotak yang dijumpai di pusat pelupusan sampah Labok di sini mengandungi bungkusan mayat bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat selain ada kesan darah melekat pada kain bungkusan itu, tengah hari semalam.

Rusmi Shafei, 30, berkata beliau yang sudah enam tahun mencari sampah di pusat berkenaan, agak terkejut dengan kejadian pada jam 1.20 tengah hari semalam.

“Naluri saya tersentuh ketika membuka bungkusan kotak itu dan terlihat wajah mayat bayi yang sudah kebiruan,” katanya.
Katanya, sebelum itu beliau bersama sembilan rakannya yang mencari sampah di kawasan itu menyerbu ke arah sebuah lori sampah bagi mendapatkan barang terpakai.

Rusmi berkata, beliau kemudian ternampak sebuah kotak berbungkus plastik, lalu membukanya dan ternampak wajah bayi yang dipercayai baru dilahirkan berdasarkan kepada kesan darah pada badan serta kain bungkusan itu.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Che Malek Bedot, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1.30 tengah hari dan beliau bersama beberapa anggota terus ke lokasi pusat pelupusan sampah di Labok.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat itu dipercayai bayi lelaki berusia sekitar dua hari,” katanya.        

Monday, December 12, 2011

Bayi perempuan 7 hari ditemui di Kajang

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan dipercayai baru seminggu dilahirkan ditemui di Taman Cheras Prima, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab, berkata bayi tersebut ditemui oleh pelajar perempuan berumur 17 tahun ketika melalui sebuah taman permainan di taman itu kira-kira jam 2.30 petang semalam

Beliau berkata, pengadu yang tinggal berhampiran kawasan tempat kejadian berjalan kaki melalui taman permainan itu dan terjumpa bayi perempuan dalam gelongsor.
"Bayi itu dibalut dengan sehelai seluar pendek berwarna biru dan tidak menangis serta ada gigitan semut di bahagian badan bayi," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas di sini, hari ini.

Ab Rashid berkata, pelajar itu kemudiannya membawa bayi itu ke rumahnya sebelum membuat laporan polis hari ini.

"Pemeriksaan doktor mendapati bayi tersebut dipercayai berumur seminggu berpandukan tali pusat yang masih baru dan dipotong serta bersimpul. Namun bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat," katanya. - BERNAMA
Powered By Blogger