MACHANG: “Sudah enam tahun bekerja sebagai pencari sampah tetapi barangan yang saya jumpa kali ini lain daripada sebelumnya hingga tidak mampu mengawal emosi dan meraung,” kata pencari sampah, Rusmi Shafei, 30.
Bapa kepada dua anak itu berdepan situasi mendebarkan apabila menemui mayat bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat serta mempunyai kesan darah dalam kotak dibuang di pusat pelupusan sampah di Labok, dekat sini, semalam.
Katanya, kejadian itu disedari jam 1.30 tengah hari, ketika dia bersama rakannya mahu mengambil sampah dari sebuah lori yang baru tiba di kawasan terbabit.
“Ketika itu saya bersama sembilan rakan yang lain mahu menyerbu sampah yang dibawa sebuah lori, selain mahu mengambil barangan yang masih boleh digunakan.
“Mata saya kemudian terarah kepada kotak yang siap berbungkus plastik sebelum mengambil dan membukanya. Ketika itu saya nampak sesuatu yang pelik pada bungkusan itu dan selepas diamati ia adalah muka bayi lelaki,” katanya.
Katanya, dia kemudian meminta rakannya, Rohani Salleh, 50, menghubungi polis. Menurut Rohani, dia terlalu sedih melihat keadaan bayi berkenaan yang diletakkan dalam kotak.
“Saya tergamam kerana sepanjang mencari barangan di tapak terbabit, inilah kali pertama terjumpa mayat bayi yang dibuang tanpa belas kasihan.
“Saya tidak dapat bayangkan perasaan dan hati ibu kepada bayi berkenaan kerana sanggup bertindak demikian terhadap bayi itu. Yang pasti ibu berkenaan perlu dihukum walau dengan apa cara sekali pun,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sebelum bergegas bersama beberapa anggotanya ke lokasi pusat pelupusan sampah di Labok.
“Ketika tiba di lokasi terbabit, pemeriksaan kemudian dilakukan dan mendapati mayat bayi lelaki berusia kira-kira dua hari, atau pun kurang daripada itu di situ.
“Mayat itu masih bertali pusat dan darah melekat pada kain membalutnya,” katanya.
Che Malek berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.
Showing posts with label Dalam Tong Sampah. Show all posts
Showing posts with label Dalam Tong Sampah. Show all posts
Sunday, December 18, 2011
Wednesday, December 7, 2011
Bayi ditemui dalam tong sampah
BOGOR: Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui dalam tong sampah di depan sebuah rumah di kompleks perumahan Rimba Mulya di sini, semalam.
Bayi itu ditemui masih hidup dengan tali pusatnya masih belum dipotong Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke hospital, kata Ketua Polis Bogor Barat, Hida TJ.
Menurutnya, polis dan pihak berkuasa tempatan melancarkan siasatan terhadap kes itu, termasuk memeriksa wanita di kawasan berkenaan yang hamil baru-baru ini. - Agensi

Monday, November 7, 2011
Pemungut sampah jumpa mayat bayi
AMPANG JAYA: Mayat seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui lima lelaki warga Indonesia di kawasan pembuangan sampah di Pandan Perdana, di sini, pagi semalam.
Mayat bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan sebelum dibungkus menggunakan sehelai baju wanita dan tuala berwarna biru muda.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, mayat bayi itu ditemui lima lelaki warga Indonesia yang juga pemungut sampah di kawasan berkenaan, pada jam 5.30 pagi.
“Sebaik saja menerima maklumat, sepasukan polis dan forensik dikejarkan di tempat kejadian. Setibanya di tempat kejadian, kami mendapati bayi lelaki cukup sifat itu sudah meninggal dunia,” katanya.
Wanita Vietnam ditahan, bayi ditemui dalam tong sampah di Nilai
SEREMBAN: Seorang wanita Vietnam ditahan susulan penemuan seorang bayi lelaki di dalam tong sampah di Flat Taman Desa Jati, Nilai dekat sini, semalam.
Wanita berkenaan yang berumur 24 tahun dipercayai ibu kepada bayi seberat 2.5 kilogram itu yang ketika ditemui masih bertali pusat dan dibalut dengan pakaian seragam pekerja sebuah kilang.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azli Kamaruddin, bayi berkenaan ditemui kira-kira jam 7.30 malam oleh orang awam yang melalui jalan di situ yang kemudian membuat melaporkan kepada polis.
Bayi itu ditempatkan di Hospital Tuanku Jaafar. - BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)